Friday, 30 January 2015

Premium Beautiful - Long Brassiere



Ciri-ciri Produk

Premium Beautiful - Short Brassiere

Mengapa Aku di Uji



Ya Allah...
Jadikan lah catatan & penulisan ini 
sebagai penguat semangat hamba-hambamu...
Jadikanlah catatan & penulisan ini 
sebagai kata-kata & nasihat yang boleh meneguhkan iman umat-umat kekasihmu Muhammad S.A.W..

Ya Allah....
Jangan pula Kau jadikan catatan & penulisan ini 
sebagai tunjang utama untuk berbangga diri..
kerana merasa bangga itu adalah sifat mazmumah...
Catatan & penulisan ini hanya kernaMu..
Maka Kau redhai & berkati lah catatan & penulisan ini,
kerana redhaMu adalah kunci kejayaan dunia..
Gerbang menuju syurgaMu...




Ya Allah!!...Mengapa aku diuji????
Ya khabir!!...Mengapa Kau memberi dugaan berat padaku???
Ya Alim!!...Mengapa kau melakukan semua ini padaku???
Ya Rahim!!...benci sungguhkah kau pada diriku,sehingga Kau memberi aku ujian seberat ini???
Ya Rahman!!...tak sayangkah Kau padaku???
Ya Ghaffar!!...banyak sangatkah dan besar sungguhkah dosa yang kulakukan padaMu,sehingga kau menurunkan dugaan ini???

Allah s.w.t berfirman : “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” 
(Al-Mulk : 2)


MENGAPA AKU DIUJI?


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."(Surah Al-Ankabut : 2-3)

Rasulullah s.a.w juga diuji oleh Allah,malah lebih hebat ujiannya...tapi baginda tidak pernah berputus asa malah lebih kuat semangatnya...kerna baginda tahu tujuan hidup didunia adalah untuk diuji..


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah : 216)




" sometimes what you want isn't always what you get,but in the end what you get is so much better than what you wanted "

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(Surah Al-Baqarah : 286)


RASA FRUST??

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Al-Imran : 139)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan) & bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."(Surah Al-Imran : 200)



"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar & mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah : 45)


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."(Surah At-Taubah:111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah : 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI ! :'(

"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf : 12)




"Ya Allah,jadikanlah aku seorang yang penyabar dan bersabar dengan setiap dugaanMU .." 

Setiap ujian yang Allah beri ada hikmahnya.....jgn berputus asa,kuatkan semangat & teguhkan sabar...jangan lupa,bahwa Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.. :) 



*~islam itu indah senyum itu sunnah~*
*~mujahadah itu payah kerna syurga itu indah~*
 
 
 
 
 

Friday, 23 January 2015

Herba Maharani – Te Zhi Bai Feng Wan





Herba Maharani – Te Zhi Bai Feng Wan adalah pil herba tradisional Cina. Ia boleh dikatakan sebagai herba wanita sebab dirumus khas untuk kesihatan dan kesuburan wanita.

Kenapa pula pil herba Te Zhi Bai Feng Wan ini lebih dikenali sebagai Herba Maharani?

Herba tradisional Cina ni sebenarnya sangat terkenal di zaman Dinasti Ming sebagai ilmu & rahsia kecantikan awet muda & kesihatan lebih 3000 tahun yang lalu.

Masa tu Herba Maharani ni hanya digunakan secara ekslusif oleh keluarga Maharaja sebagai herba penyubur, kecantikan, awet muda & kesihatan.

Te Zhi Bai Feng Wan dinamakan herba Maharani sempena nama Maharani Te Zhi, antara maharani yang mengamalkan herba ini.
Siapa MAHARANI TE ZHI

Zaman dulu Maharaja Dinasti Ming dikatakan ada 9999 maharani dan gundik-gundik tapi Maharani Te Zhi yang paling Maharaja sayang.

Kalau seorang Maharaja pilih kasih dan sayang Maharani Te Zhi ni lebih dari perempuan-perempuan lain mestilah sebab dia cantik, kulit licin dan gebu, melahirkan anak lelaki sebagai waris dan sudah semestinya pandai melayan Maharaja dibilik tidur.

Apa Yang Bagus Sangat Herba Maharani?

Ubat herba tradisional Cina ini mengandungi 16 jenis ramuan berharga dengan pati ayam hitam (Bai Feng Wan) sebagai ramuan utama. Ayam hitam ni nama saintifik dia Gallus Gallus Domesticus juga dikenali sebagai ayam selasih atau ayam cemani atau ayam didik (dikalangan masyarakat Melayu dan Indonesia (waah.. banyaknya nama).

Ayam hitam ni memang digunakan sebagai amalan perubatan tradisional orang Melayu, Indonesia dan Cina. Banyak khasiatnya ayam hitam atau ayam selasih ni untuk wanita terutama yang telah berkahwin dan melahirkan anak.

Ayam hitam ni memang rupanya hitam legam. Bulu of course la hitam. Kulit, mata, paruh, kaki termasuklah daging dan tulang pun kehitaman jugak. Benda berkhasiat memang biasanya nampak tak sedap kan.

Khasiat Herba Maharani

- Antara khasiat Herba Maharani dalam perubatan tradisional Cina ialah:
- Melegakan kesakitan akibat senggugut
- Menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur
- Menyihatkan tubuh badan, mengurangkan keletihan
- Melancarkan peredaran darah
- Meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan kaki dan tangan
- Menyerlahkan wajah berseri dan awet muda
- Menyuburkan badan sebelum dan selepas bersalin
- Meningkatkan rangsangan, kebahagiaan kepada pasangan

Herba Maharani Adalah Halal

Sebab Herba Maharani ni produk keluaran Beijing Tong Ren Tan dari negara China mestilah ada rasa ragu tentang status halalnya. Jangan risau dan ragu lagi sebab Herba Maharani adalah confirm halal.




Herba Maharani – Te Zhi Bai Feng Wan ini mendapat pengiktirafan Halal olehPertubuhan China Islamic Association (salah satu badan Islam luar negara yang diiktiraf oleh Jakim).

Pengeluar Herba Maharani iaitu Tong Ren Tang merupakan tanda perniagaan yang bersejarah melebihi 300 tahun. Merupakan pembekal tunggal ubat-ubatan kepada kerabat Maharaja semasa Dinasti Qing.

Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan diperakui sebagai Produk Terkenal di China pada tahun 1994. Diiktiraf sebagai Spesis Ubat Herba yang Terpelihara pada tahun 1998.


1 kotak (6 bola x 5gm – mengandung 50 pil kecil ) – RM88.00







Wednesday, 10 December 2014

Lemak Hilang? - Premium Beautiful Corset




Tahukah anda?
Lemak yang terdapat di badan kita bukan disembunyikan tetapi dialih ke tempat yang sepatutnya. 
Yang tak patut berada di pinggang akan beralih ke bahagian lain. Yang berada di belakang akan dibawa ke depan. 
Oleh kerana lemak ni lembut. 
Bila Premium Beautiful digunakan secara konsistan lama kelamaan lemak ini akan kekal ditempat yang dialih. dan bahagian badan akan menjadi pejal dan mantap. 
Bila makan pun akan rasa cepat kenyang. Senang nak kurus. 
Badan rasa tegak, kemas dan ringan.




 "Orang tak tahu apa yang kita pakai tetapi diri sendiri tahu apa yang kita pakai. Itu yang menyebabkan kita rasa lebih yakin dan bersemangat" 


Kalau nak tahu lebih lanjut tentang korset Premium Beautiful sila hubungi saya okay!!










Sunday, 7 December 2014

Bio-Ever Nano Cream





Bio~EverTM menggunakan sistem bio-teknologi (liposom) untuk
menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano (Teknologi Nano), iaitu
pegaga (Centella Asiatica), wild yam (Dioscorea Villosa) dan kacang soya
(Glycine Soja) secara terus ke dalam saluran darah melalui penggunaan
luaran pada kulit. Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan
membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan.

KEBERKESANAN
  • Kaya dengan anti-oksida & anti-penuaan
  • kaya dengan diosgenin yang boleh mengaktifkan hormon, membantu menggalakkan metabolisma & menyelaraskan sistem saraf
  • memelihara kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, ovari, testis serta kelenjar-kelenjar endokrin yang lain
  • meningkatkan daya stamina dan tenaga

MASALAH YANG BOLEH DI ATASI OLEH BIO-EVER NANO CREAM DENGAN PENGGUNAAN YANG BETUL
  • Kesan-kesan peningkatan usia/penuaan pada kulit contohnya timbulnya kedutan, saggy, eye bag yang ketara
  • jerawat, jeragat/pigmentasi, parut
  • kencing manis
  • Darah tinggi
  • Sakit Jantung
  • sakit buah pinggang
  • kanser/barat
  • Penyembuhan Luka
  • katarak, rabun silau, rabun & masalah lain berkaitan mata
  • gout
  • sakit lutut, sakit pinggang, sakit tumit
  • Athma, lelah
  • Resdung, alergik
  • Ketumbuhan
  • Migrain, Sakit Kepala
  • Masalah haid tidak teratur, senggugut
  • Buasir, masalah pembuangan air besar,
  • batu karang
  • Angin Ahmar, Stroke
  • Angin Pasang
  • Sakit saraf
  • Lumpuh
  • Tiriod
  • Membantu mendapatkan zuriat
  • Masalah kegemukkan
  • Masalah kulit contoh Ezema, kayap, kudis, Untut
  • Ketagihan rokok
  • Masalah Prestasi Seksual
  • Payudara Kecil
  • Masalah Rahim contoh fibroid, cist
  • Masalah sulit wanita contohnya keputihan





Harga 

Bio-Ever 50g
RM 220.00







Monday, 24 November 2014

Info Kandungan Kopi Segera 3 in 1


  1. Mengandungi lebih tiga sudu teh gula dalam setiap pek.
  2. Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
  3. Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
  4. Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar [palpitasi] dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
  5. Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.
  6. Jumlah kalori itu sama dengan dua keeping roti atau sepinggan nasi.
  7. Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
  8. Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh. 

AWAS!!! 
   Pengambilan yang berterusan kopi segera juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan tubuh badan.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



KOPI dan GARAM adalah makanan SUNNAH !!

Jadi Mineral Coffee adalah satu-satunya minuman kopi yang pertama di Malaysia yang dicampurkan dengan garam asli - GARAM BULUH yang mana GARAM BULUH ini mempunyai MAGNESIUM yang tinggi dan baik untuk badan manusia.




Harga sekotak

RM 26.50/20 sachet (Sem. M'sia)

RM 27.50/20 sachet (Sabah/Sarawak)




















Sunday, 23 November 2014

Kalori?? Apa itu kalori?? Jom kira kalori..

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Selamat tengah hari semua.. dah lunch ke? apa agaknya menu lunch uols tadi ye.. Kepada yang nak turunkan berat badan tu mesti lah kena ambil tahu makanan yang dimakan itu berkalori tinggi atau tidak. Jom baca fakta tentang kalori mungkin dapat membantu uols yang sedang berdiet tu..

Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia? 

Kategori: Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori : Minuman 
1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Bagaimana untuk bakar kalori?
 
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8)Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori 






Jom kira kalori sebelum makan nak?
Moga2 semua rakyat Malaysia menjadi sihat ^.^
Disiplin!  
Have a nice day!!