Monday, 24 November 2014

Info Kandungan Kopi Segera 3 in 1


  1. Mengandungi lebih tiga sudu teh gula dalam setiap pek.
  2. Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
  3. Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
  4. Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar [palpitasi] dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
  5. Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.
  6. Jumlah kalori itu sama dengan dua keeping roti atau sepinggan nasi.
  7. Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
  8. Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh. 

AWAS!!! 
   Pengambilan yang berterusan kopi segera juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan tubuh badan.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



KOPI dan GARAM adalah makanan SUNNAH !!

Jadi Mineral Coffee adalah satu-satunya minuman kopi yang pertama di Malaysia yang dicampurkan dengan garam asli - GARAM BULUH yang mana GARAM BULUH ini mempunyai MAGNESIUM yang tinggi dan baik untuk badan manusia.




Harga sekotak

RM 26.50/20 sachet (Sem. M'sia)

RM 27.50/20 sachet (Sabah/Sarawak)




















Sunday, 23 November 2014

Kalori?? Apa itu kalori?? Jom kira kalori..

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Selamat tengah hari semua.. dah lunch ke? apa agaknya menu lunch uols tadi ye.. Kepada yang nak turunkan berat badan tu mesti lah kena ambil tahu makanan yang dimakan itu berkalori tinggi atau tidak. Jom baca fakta tentang kalori mungkin dapat membantu uols yang sedang berdiet tu..

Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia? 

Kategori: Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori : Minuman 
1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Bagaimana untuk bakar kalori?
 
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8)Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori 






Jom kira kalori sebelum makan nak?
Moga2 semua rakyat Malaysia menjadi sihat ^.^
Disiplin!  
Have a nice day!!
















Friday, 21 November 2014

Garam Buluh






Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai sumber.

Ia dihasilkan berasaskan remedi tradisional rakyat Korea sejak 1300 tahun yang lalu. Ia mengandungi lebih daripada 70 jenis bahan - bahan mineral dan elemen mikro, merupakan makanan semulajadi dan tidak mengandungi sebarang elemen toksin.

Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea.

Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk.

Garam buluh telah menyingkirkan bahan berbahaya terhadap badan (misalnya logam berat dan bahan kimia) dalam proses pembuatannya, pada masa yang sama meningkatkan nilai nutrisinya.

Kebanyakan garam melalui pemprosesan kimia, kandungan natrium adalah lebih tinggi, justeru itu, pengambilan masa panjang akan memudaratkan kesihatan.

KEISTIMEWAAN GARAM BULUH

Kaya dengan elemen mikro dan bahan-bahan mineral
- dapat mengimbangi kadar elemen mikro dan bahan-bahan mineral mengikut keperluan badan
- tinggi dalam magnesium yang merupakan mineral untuk jantung
- magnesium membantu mengawal penyakit tekanan darah tinggi, membantu penyerapan kalsium, mengekalkan keseimbangan bendalir badan, mengawal pengecutan otot dan menguatkan daya ingatan

Merupakan makanan yang bersifat alkali
- dapat mengekalkan keseimbangan pH bendalir badan (khususnya darah), dan susuk badan yang cenderung kepada beralkali

Menggalakkan metabolisme dan peredaran darah
Dikenali sebagai makanan untuk menyahtoksin
- daya serapan yang tinggi dapat meneutralkan toksin dan menyahtoksin dengan cepat, seterusnya menyingkirkan toksin ke luar badan
- boleh diambil bersama pelbagai produk kesihatan, dapat meningkatkan kadar penyerapan terhadap produk kesihatan tersebut

Untuk kecantikan dan pencegahan penuaan
- daya anti-pengoksidaan yang tinggi dapat menyembuhkan sel-sel badan dan melancarkan fungsi-fungsi organ dalaman badan







GARAM BULUH DAN BAHAN MINERAL




PROSES PENGHASILAN GARAM BULUH





REAKSI TINDAK BALAS PENGHASILAN GARAM BULUH















SOALAN LAZIM


Bolehkah kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil Hai-O Garam Buluh?
Boleh, dengan saiz pengambilan yang kurang iaitu ¼ hingga ½ bungkus.

Bolehkah pesakit tekanan darah tinggi mengambil Hai-O Garam Buluh?
Boleh, kandungan natrium dalam garam buluh adalah sangat rendah, tidak akan mempengaruhi tekanan darah. Manakala kandungan bahan mineral yang banyak dapat memperbaiki kesihatan badan.

Hai-O Garam Buluh mempunyai bau yang tidak menyenangkan, apakah
bau itu? Adakah ia membahayakan badan manusia?

Bau garam buluh adalah bau semulajadi yang terhasil selepas pembakaran dengan buluh dalam proses pembuatannya. Ia tidak membahayakan badan manusia.

Bolehkah garam makan seharian diganti dengan Hai-O Garam Buluh?
Boleh, Hai-O Garam Buluh kaya dengan bahan mineral dan elemen surih, dapat menggantikan garam biasa sepenuhnya.


KEBERKESANAN
  • Menyingkirkan toksin dalam badan Menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang lama terkumpul dalam usus
  • Membekalkan bahan mineral dan elemen surih kepada badan manusia
  • Menyelaras fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal
  • Menyelaras keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah
  • Meningkatkan daya pemulihan badan

CARA PENGAMBILAN




RM 53.00                                                                                  RM128.00












Thursday, 20 November 2014

Ketahui jenis-jenis gemuk. Anda dikategori mana satu ya??

Apa yang anda tahu tentang gemuk?

Kita akan dikategorikan dalam keadaan gemuk apabila berat badan kita melebihi 20 peratus daripada berat badan ideal. Sebagai contoh, sepatutnya berat badan ideal kita 60kg, tapi pada hakikatnya jarum di mesin penimbang menunjukkan 75kg. Maka, kita sudah dikategorikan dalam kategori orang yang gemuk. Sangat-sangat tak best bila dengar perkataan gemuk tu kan? Stress sangat rasanya kalau orang panggil kita dengan panggilan macam tu.
Okay….. Sekarang, jangan sedih-sedih lagi. Sebelum kita nak kuruskan badan dan buang lemak-lemak yang ada kat badan kita ni, kita kena tahu, jenis-jenis gemuk yang ada. Dan kita ni dalam kategori gemuk yang mana satu. Bila dah tahu, senang untuk kita ambil langkah seterusnya. Okay…jom kita check!
Kegemukan biasanya terjadi apabila kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang kita perlukan. Jadi, kalori yang berlebihan tu akan menjadi lemak terkumpul di beberapa bahagian badan kita seperti di lengan, perut, paha, punggung dan betis. Senang cerita, bila kita makan makanan berlebihan, dan kemudian kita tak gunakan dan tukarkan kepada bentuk tenaga, itu yang tersimpan dalam bentuk lemak.
Gemuk boleh dibahagikan kepada 4 jenis. Jom kita kenali jenis-jenis gemuk ni satu persatu :

1- Jenis Gemuk Air

Kategori ini disebabkan badan menyimpan kapasiti air yang tudak diperlukan oleh tubuh. Biasanya badan akan menggelambir dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air. Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan. Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.

2- Jenis Gemuk Angin

Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut… Alamak, yang ni kena jaga-jaga sikit. Jangan boom kat orang belakang sudah…hehe… Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.

3- Jenis Gemuk Lemak

Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak. Dan ada juga saya pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.

Bentuk Epal vs. Bentuk Pear

                                                                                                                                     

4- Jenis Gemuk Daging

Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab. Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging. Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InsyaAllah berkesan.

Dah tahu korang jenis gemuk yang mana? Kalau dah tahu, baguslah. Lebih mudah untuk kita mengenalpasti apa tindakan seterusnya yang perlu kita ambil dalam usaha untuk mengurangkan berat dan semestinya untuk mengurangkan ukuran inci di badan. Apa pun jenis gemuk anda, berusahalah sebaik mungkin untuk mengurangkan kegemukan badan kita. InsyaAllah di entri akan datang, saya akan share kan beberapa cara yang kita boleh lakukan untuk mengatasi masalah kegemukan. Yang penting, semangat kena kuat dan jangan cepat mengalah. InsyaAllah pasti berjaya!




















Wednesday, 19 November 2014

Senaman Ringkas Untuk Mengawal Berat Badan


Senaman ringkas ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Jumlah minima aktiviti fizikal yang perlu dilakukan untuk mendapat faedah kesihatan yang dikehendak ialah dengan melakukan aktiviti yang sederhana kuatnya atau intensiti, sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Faedah senaman dan aktiviti fizikal banyak. Kesannya merangkumi bukan sahaja dari segi fizikal bahkan juga psikologi dan emosi.




 http://ahmadfaizal.com/wp-content/uploads/2013/04/senaman-kardio.jpg

Antara senaman ringkas yang mampu memberi kesan baik pada tubuh badan:

1. Berjalan
Boleh dilakukan sama ada menggunakan treadmill atau  berjalan kaki di mana mana sahaja. Untuk permulaan, lakukan dalam sepuluh minit dahulu. Tambah beberapa minit setiap perjalanan seterusnya sehingga mencapai sekurang-kurangnya 30 minit perjalanan.
Ringkas dan senang. Berjalan setiap hari pada kelajuan sederhana dengan lengan yang dihayun dengan sengaja akan menambah pembakaran lemak yang jelas dan pembentukan otot hasil daripada rutin latihan yang dilakukan .
Berjalan adalah satu aktiviti yang tidak memerlukan tenaga yang banyak tapi kesannya adalah besar untuk kesihatan tubuh badan kita.    

2. Mencangkung
Ya, tidak dinafikan perbuatan mencangkung adalah agak menyakitkan untuk dilakukan terutamanya pada peringkat permulaan.Caranya adalah jarakkan kedua-dua kaki seluas bahu anda.
Bengkokkan lutut dan rendahkan badan perlahan-lahan seperti orang duduk di atas kerusi.Pastikan kedua-dua lutut tidak melebihi kaki anda. Pastikan juga tulang belakang anda lurus dan tidak membongkok

3. Push up
Senaman ringkas paling tidak disukai kan ? Walaupun nampak susah, tetapi push up boleh juga dilakukan dengan cara mudah. Tidak perlu cuba jadi macam atlet siap push up guna sebelah tangan, buat sebagaimana yang anda mampu.
Buat dengan lutut, berbanding luruskan kaki. Buat menegak menghadap dinding. Sesuai untuk meningkatkan kekuatan tangan, juga menguatkan bahagian sekitar dada

4. Jumping jack/lompat bintang
Ini paling seronok, boleh ingat kembali memori zaman kanak-kanak. Lagipun siapa yang tidak pernah main lompat bintang kan?.Jangan pelik, jumping jack adalah salah satu senaman kardio yang hebat, juga boleh jadi warm up juga.
Warp up (pemanasan badan) diperlukan semasa ingin melakukan apa apa jenis senaman supaya otot kita meregang dari terkena kejutan regangan semasa melakukan aktiviti bersenam.

Kesimpulan
Bersenam adalah aktiviti yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan kita.Apabila kita bersenam badan kita mengeluarkan peluh yang banyak.Segala toksin dalam peluh yang tidak sihat dapat di keluarkan melalui cara bersukan.
Terdapat banyak lagi teknik bersenam yang mudah untuk kita amalkan.Bersenam juga dapat menghindarkan kita dari terkena penyakit obesiti yang makin menular dalam kalangan masyarakat Malaysia sekarang

































Atasi Masalah Buncit

Assalamualaikum w.b.t

Salam Sayang untuk semua yang sudi meluangkan masa membaca entry Mai untuk kali ini..
Harap-harap anda semua ceria2 selalu, sentiasa senyum dan berfikiran positif buang jauh2 aura2 negatif dari hidup kita. Yeah!!

Entry kali ni Mai nak cerita mengenai BUNCIT. Bagaimana cara mengatasi masalah Buncit ini.. Tapi sebelum tu Mai nak anda semua tahu apa yang menyebabkan perut kita jadi BUNCIT.

PUNCA-PUNCA PERUT BUNCIT
1. Faktor Keturunan
2. Faktor usia proses penuaan
3. Faktor pemakanan
4. Keadaan psikologi
5. Perubahan hormon

CARA MENGATASI PERUT BUNCIT
1. Mengamalkan pemakanan sihat dan kurang lemak
2. Melakukan senaman kardio
3. Mengelakkan minuman berais
4. Banyakkan memakan buah-buahan
5. Jangan minum semasa makan
6. Jangan makan lewat malam
7. Jangan makan makanan ringan
8. Kurangkan minuman bergula & soda
9. Pakai bengkung
10. Pakai seluar yang agak ketat supaya kita tidak makan terlalu banyak

Selain itu Hai-o juga ada mnyediakan produk untuk membantu kita mengempiskan perut NAK TAU TAK??

kombinasi 3 produk iatu MINERAL COFFEE + GARLIC + BV ALFAFA memang benar2 memberikan banyak manfaat untuk anda selain boleh membantu anda mengurangkan berat badan boleh juga menjaga perut anda!! Stay beauty & slim..



Memang terbaik dari ladang lah!!! Terlajak laris!!

Berminat untuk dapatkanya. boleh hubungi Mai sekarang :)