Friday, 30 January 2015

Premium Beautiful - Long Brassiere



Ciri-ciri Produk

Premium Beautiful - Short Brassiere

Mengapa Aku di Uji



Ya Allah...
Jadikan lah catatan & penulisan ini 
sebagai penguat semangat hamba-hambamu...
Jadikanlah catatan & penulisan ini 
sebagai kata-kata & nasihat yang boleh meneguhkan iman umat-umat kekasihmu Muhammad S.A.W..

Ya Allah....
Jangan pula Kau jadikan catatan & penulisan ini 
sebagai tunjang utama untuk berbangga diri..
kerana merasa bangga itu adalah sifat mazmumah...
Catatan & penulisan ini hanya kernaMu..
Maka Kau redhai & berkati lah catatan & penulisan ini,
kerana redhaMu adalah kunci kejayaan dunia..
Gerbang menuju syurgaMu...




Ya Allah!!...Mengapa aku diuji????
Ya khabir!!...Mengapa Kau memberi dugaan berat padaku???
Ya Alim!!...Mengapa kau melakukan semua ini padaku???
Ya Rahim!!...benci sungguhkah kau pada diriku,sehingga Kau memberi aku ujian seberat ini???
Ya Rahman!!...tak sayangkah Kau padaku???
Ya Ghaffar!!...banyak sangatkah dan besar sungguhkah dosa yang kulakukan padaMu,sehingga kau menurunkan dugaan ini???

Allah s.w.t berfirman : “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” 
(Al-Mulk : 2)


MENGAPA AKU DIUJI?


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."(Surah Al-Ankabut : 2-3)

Rasulullah s.a.w juga diuji oleh Allah,malah lebih hebat ujiannya...tapi baginda tidak pernah berputus asa malah lebih kuat semangatnya...kerna baginda tahu tujuan hidup didunia adalah untuk diuji..


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah : 216)




" sometimes what you want isn't always what you get,but in the end what you get is so much better than what you wanted "

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(Surah Al-Baqarah : 286)


RASA FRUST??

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Al-Imran : 139)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan) & bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."(Surah Al-Imran : 200)



"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar & mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah : 45)


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."(Surah At-Taubah:111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah : 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI ! :'(

"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf : 12)




"Ya Allah,jadikanlah aku seorang yang penyabar dan bersabar dengan setiap dugaanMU .." 

Setiap ujian yang Allah beri ada hikmahnya.....jgn berputus asa,kuatkan semangat & teguhkan sabar...jangan lupa,bahwa Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.. :) 



*~islam itu indah senyum itu sunnah~*
*~mujahadah itu payah kerna syurga itu indah~*
 
 
 
 
 

Friday, 23 January 2015

Herba Maharani – Te Zhi Bai Feng Wan





Herba Maharani – Te Zhi Bai Feng Wan adalah pil herba tradisional Cina. Ia boleh dikatakan sebagai herba wanita sebab dirumus khas untuk kesihatan dan kesuburan wanita.

Kenapa pula pil herba Te Zhi Bai Feng Wan ini lebih dikenali sebagai Herba Maharani?

Herba tradisional Cina ni sebenarnya sangat terkenal di zaman Dinasti Ming sebagai ilmu & rahsia kecantikan awet muda & kesihatan lebih 3000 tahun yang lalu.

Masa tu Herba Maharani ni hanya digunakan secara ekslusif oleh keluarga Maharaja sebagai herba penyubur, kecantikan, awet muda & kesihatan.

Te Zhi Bai Feng Wan dinamakan herba Maharani sempena nama Maharani Te Zhi, antara maharani yang mengamalkan herba ini.
Siapa MAHARANI TE ZHI

Zaman dulu Maharaja Dinasti Ming dikatakan ada 9999 maharani dan gundik-gundik tapi Maharani Te Zhi yang paling Maharaja sayang.

Kalau seorang Maharaja pilih kasih dan sayang Maharani Te Zhi ni lebih dari perempuan-perempuan lain mestilah sebab dia cantik, kulit licin dan gebu, melahirkan anak lelaki sebagai waris dan sudah semestinya pandai melayan Maharaja dibilik tidur.

Apa Yang Bagus Sangat Herba Maharani?

Ubat herba tradisional Cina ini mengandungi 16 jenis ramuan berharga dengan pati ayam hitam (Bai Feng Wan) sebagai ramuan utama. Ayam hitam ni nama saintifik dia Gallus Gallus Domesticus juga dikenali sebagai ayam selasih atau ayam cemani atau ayam didik (dikalangan masyarakat Melayu dan Indonesia (waah.. banyaknya nama).

Ayam hitam ni memang digunakan sebagai amalan perubatan tradisional orang Melayu, Indonesia dan Cina. Banyak khasiatnya ayam hitam atau ayam selasih ni untuk wanita terutama yang telah berkahwin dan melahirkan anak.

Ayam hitam ni memang rupanya hitam legam. Bulu of course la hitam. Kulit, mata, paruh, kaki termasuklah daging dan tulang pun kehitaman jugak. Benda berkhasiat memang biasanya nampak tak sedap kan.

Khasiat Herba Maharani

- Antara khasiat Herba Maharani dalam perubatan tradisional Cina ialah:
- Melegakan kesakitan akibat senggugut
- Menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur
- Menyihatkan tubuh badan, mengurangkan keletihan
- Melancarkan peredaran darah
- Meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan kaki dan tangan
- Menyerlahkan wajah berseri dan awet muda
- Menyuburkan badan sebelum dan selepas bersalin
- Meningkatkan rangsangan, kebahagiaan kepada pasangan

Herba Maharani Adalah Halal

Sebab Herba Maharani ni produk keluaran Beijing Tong Ren Tan dari negara China mestilah ada rasa ragu tentang status halalnya. Jangan risau dan ragu lagi sebab Herba Maharani adalah confirm halal.




Herba Maharani – Te Zhi Bai Feng Wan ini mendapat pengiktirafan Halal olehPertubuhan China Islamic Association (salah satu badan Islam luar negara yang diiktiraf oleh Jakim).

Pengeluar Herba Maharani iaitu Tong Ren Tang merupakan tanda perniagaan yang bersejarah melebihi 300 tahun. Merupakan pembekal tunggal ubat-ubatan kepada kerabat Maharaja semasa Dinasti Qing.

Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan diperakui sebagai Produk Terkenal di China pada tahun 1994. Diiktiraf sebagai Spesis Ubat Herba yang Terpelihara pada tahun 1998.


1 kotak (6 bola x 5gm – mengandung 50 pil kecil ) – RM88.00