PENGENALAN
Bawang putih ataupun
dalam nama sainsnya iaitu Allium sativum adalah merupakan salah satu
herba yang amat dikenali kerana keberkesanannya dalam merawat pelbagai
jenis penyakit. Bawang putih adalah termasuk dalam family Liliaceae dan
ia juga adalah dalam kumpulan yang sama dengan bawang merah.
BAWANG PUTIH DAN
TEKANAN DARAH TINGGI
Bawang putih berupaya
untuk merawat penyakit tenan darah tinggi. Tekanan darah tinggi adalah
sangat merbahaya kerana penyakit ini tidak selalunya timbul dan pesakit
tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya. Selain itu masalah tekanan
darah tinggi akan membawa pula kepada masalah jantung, strok, pembekuan
darah, kegagalan buah pinggang untuk berfungsi, jantung berhenti
berdenyut secara tiba-tiba dan yang paling ditakuti berlaku kematian
secara mendadak sekiranya penyakit tekanan darah tinggi tidak dikawal.
BAWANG PUTIH DAN
MASALAH-MASALAH PERNAFASAN
Bawang putih dilaporkan sebagai ramuan yang lama, selamat dan pasti dalam merawat lelah, bronkitis dan penyakit pernafasan yang lain.
Berabad-abad lamanya orang-orang
China, Greek dan Mesir telah mendakwa bahawa bawang putih boleh
menyembuhkan masalah pernafasan.
Dioscorides, seorang ahli perubatan
Greek yang menjadi doktor rasmi tentera-tentera pada abad ke 2,
menyatakan bahawa putih sebagai rawatan kepada masalah yang berkaitan
dengan paru-paru.
Seorang naturalis abad pertama Rom dapat mengatakan bahawa bawang putih
menyembuhkan masalah batuk kering.
Ke semua kenyataan ini adalah
disebabkan kuasa bawang putih sebagai antiseptik dan pembunuh kuman.
Bawang putih yang telah dikupas dan apabila diletakkan berhampiran
dengan kuman,ia dikatakan dapat membunuh kuman tersebut dalam masa 5 minit sahaja.
Tambahan pula eter bawang putih
begitu kuat dan daya penembusannya adalah sangat tinggi. Ia boleh
melarutkan mukus dalam sinus, salur bronkial dan paru-paru.
BAWANG PUTIH DAN KENCING MANIS
Bawang putih juga
menjadi penawar kepada pesakit-pesakit yang menderita kerana penyakit
kencing manis. Terdapat beberapa jenis penyakit kencing manis ini dan
yang paling biasa ialah diabetus. Ia adalah sejenis penyakit yang telah
dikenalpasti sejak dahulu lagi.
Dalam kes penyakit kencing manis
ini, pankreas tidak boleh menghasilkan pankreatin yang mencukupi.
Apabila pankreas tidak berfungsi, gula tidak boleh menghasilkan sel dan
tidak boleh disimpan sebagai lemak badan. Gula yang datang dari makanan
yang dihadamkan akan berkumpul dan bertambah dalam darah sehingga ia
masuk ke dalam air kencing.
Untuk kes penyakit kencing manis,
bawang putih mengandungi galian-galian yang tertentu yang terbukti
bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan
kalium, 529mg bagi setiap 100gm.
Seseorang yang mendapat kencing
manis mempunyai asid yang berlebihan dalam (asidosis) asidosis ini akan
bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga berlaku keadaan tidak
sedarkan diri atau koma kepada pesakit.
Selain kalium, bawang putih juga
kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan kesemua galian ini berupaya
dalam merawat penyakit kencing manis.



No comments:
Post a Comment